Mangsa apa?



Pada lembangan Batang Saribas
Dipinggir tebingan desa Beladin
Duduk termangu seorang insan
Sedang asyik mencongak kata

 .......................

Kekeruhan air batang saribas
Seumpama keruhnya suasana desa
Anak muda menjadi mangsa
Bangsa kita semakin leka
Kita hanya melihat sahaja

Sosialisasi bermaharajalela
Mengorbankan satu persatu  anak bangsa
Gugur mengeguk kencingan syaitan
Hanyut di bawa arus kemaksiatan

Satu persatu menjadi hamba
Pada sengketa hidup manusia
Saat banggsa lain berjaya
Anak bangsaku semakin alpa

 .........................

Pedih hati luka berdarah
Kini nanah sudah menjadi barah
Melihat bangsaku semakin parah
Haruskan kita hanya berserah?


Tiada ulasan: