gelap malam telah berlalu



Gelap malam telah berlalu
Bersama seribu titis kehampaan
Membawa pergi secalit kesuraman....
Bersama masa yang telah berlalu pergi

Mentari  pagi kini menjelma
Dengan segunung harapan
Membuahkan sinar sejuta impian
Untuk masa hadapan....

Mara kita kini  ke hadapan
Memburu segegam impian
Berbekalkan tekad dan azam
Menjulang mahkota kejayaan

Bila bahagia mula menyentuh
Indah terasa menikam raga..
Bila duka terpalit suka...
Sekeping hati mula berbunga

Tapi ingat aku berpesan...
Sejauah mana pelayaran kau
di tengah lautan....

Jangan kau lupa adanya daratan...
Yang pasti menunggu
saat tiba kau berlabuh kelak
Yang pasti kembali kepada-Nya.


P&P



Perjalanan dan pengalaman…

Adalah  pembikin jalan kehidupan

Kegagalan…sedih…

Jatuh ke bawah..dan bangkit semua….

Menjadi guru yang terbaik

Mengajar kita megenainya…


650pm beladin

Mangsa apa?



Pada lembangan Batang Saribas
Dipinggir tebingan desa Beladin
Duduk termangu seorang insan
Sedang asyik mencongak kata

 .......................

Kekeruhan air batang saribas
Seumpama keruhnya suasana desa
Anak muda menjadi mangsa
Bangsa kita semakin leka
Kita hanya melihat sahaja

Sosialisasi bermaharajalela
Mengorbankan satu persatu  anak bangsa
Gugur mengeguk kencingan syaitan
Hanyut di bawa arus kemaksiatan

Satu persatu menjadi hamba
Pada sengketa hidup manusia
Saat banggsa lain berjaya
Anak bangsaku semakin alpa

 .........................

Pedih hati luka berdarah
Kini nanah sudah menjadi barah
Melihat bangsaku semakin parah
Haruskan kita hanya berserah?


detik kepulangan



Malam  gelita diselubungi awan
Dingin sayu seluruh alam
Menati detik  untuk kepulangan
Anak-anak adam


Telah menjadi satu ketetapan
Setiap yang bernyawa pasti merasakan
Hembusan terakhir nyawa di badan
Terpisah roh dari asal kejadian


Dengarlah wahai  sekalian umat
Kita bersama menyampaikan pesan
Carilah bekalan untuk akhirat
Jika tidak tersiksa badan


Janji tuhan itu kepastian
Syurga dan neraka juga kemestian



bukan tak biasa tapi terlalu lama




Ku harungi jua
Hati sedih lagi hiba
Tika senja merah di ufuk batang saribas
Sesekali gigitan rengit senja
Mengaggu lamunan hampa 


Ada cerita dalam duka
Sedih mengisi di kala senja
Kampung halaman nun jauh di sana
Ayah ibu tiada di mata


Bukan sedih kerana tidak biasa
Tapi sudah terlalu lama
Hidup berkelana sepanjang masa
Dari pagi hingga ke senja

...