Harapan tingal harapan
Umpama padi yang tingal hampa
Tiada apa yang boleh dimaafkan
Hanya merosakan susu sebelanga
Jika terbang burung merpati
Pasti akan datang kembali
Jika patahnya sekeping hati
Akan hilang entah bilakan berganti
Sesak nafas mulut berbicara
Lidah pula menutur dusta
Pepatah kita ada berkata
Kerana mulut badan binasa
Hijau daun memberi warna
Mencorak keindahkan alam maya
Awas pendusta membawa bencana
Kepada sekalin umat manusia
Awan putih bertukar hitam
Hati bersih bertukar geram
Lantaran api belum padam
Hati kasih menjadi dendam
Gelora nafsu membadai jiwa
Bila manusia menjadi pendusta
Akan tiba hari muka
Pasti balasamu bakal tiba
12.15 a.m
B128
Tiada ulasan:
Catat Ulasan