Tajuk : Cerita Insan


Ku lihat mata-mata mu

Tepancar cahaya ketabahan

Gambaran kecekalan hati insan

Mengharungi liku ranjau kehidupan


Dari raut wajah mu

Aku yakin dan pasti…

Tersimpan seribu rahsia

Cerita duka dan lara….

Menusuk menikam jiwa


Tatkala bersama yang hanya seketika

Medengar jerit dan tawa

Walaupun hanya sementara

Mendengar cerita mereka

Pasti membuatkan kita berasa

Oh…betapa bertuahnya

Hidupan bersama ayah dan bonda…


Bagi mereka tidak empunya…

Pasti merasa kerdil segala

Dahagakan kasih dan cinta

Insan bergelar Ayah dan Bonda…


Wahai insan-insan kecil

Ingin aku sampaikan….

Kuatkan langkah tempuhi segala

Duri dan onak yang bakal tiba


Hidup kita di dunia yang fana

Sememangnya berbeda…

Yang kita sama adalah hamba pada-Nya…..

Telah menjadi fitrah kehidupan manusia……


Mendung bukan bermakna hujan

Panas bukan membawa kemarau

Kutadahkan tangan memohon

keinsafan pada mu Ilahi.…

Moga cerita ini buat tatapan

Menjadi cerita insan…


SAIFUL ALI

Rumah Anak Yatim Tambunan

10 Ogos 2008

Tiada ulasan: