TAJUK: Sinar Sejuta Impian


Gelap malam telah berlalu

Bersama seribu titis kehampaan

Membawa pergi secalit kesuraman....

Bersama masa yang telah berlalu pergi


Mentari pagi kini menjelma

Dengan segunung harapan

Membuahkan sinar sejuta impian

Untuk masa hadapan....


Mara kita kini ke hadapan

Memburu segegam impian

Berbekalkan tekad dan azam

Menjulang mahkota kejayaan


Bila bahagia mula menyentuh

Indah terasa menikam raga..

Bila duka terpalit suka...

Sekeping hati mula berbunga


Tapi ingat aku berpesan...

Sejauah mana pelayaran kau

di tengah lautan....

Jangan kau lupa adanya daratan...

Yang pasti menunggu

saat tiba kau berlabuh kelak

Yang pasti kembali kepada-Nya.


IPGM KAMPUS KENINGAU

2009

Tajuk : Subuh Esok Pagi




Ku sahut dalam kepayahan

Seruan kalimah keramat

Meyeru umat manusia

Sujud keada yang Maha Pencipta

Ku gagahi jua hati nan kosong

Langkah-langkah longai

Menuju kerumahMu


Atas rasa penuh sukur atas nikmat Mu

Wuduku, rukuku, sujudku…..

Amalanku, sedekahku, doaku……

Moga buat bekalan perjalannan

Yang panjang…….

Sebelum ku bertemu ….

Subuh yang esok lagi…..


IPGM KK


Tajuk : Aku, kau dan dia...

Aku masih lagi di sini

Bersama kenangan lalu

Memori indah bersamamu

Tersemat indah di dada

Indah saat pertemuan

Hanya sementara...


Sebak nya perpisahan

Kekal membara di jiwa....

Aku, kau dan dia

Kini entah di mana

Mengejar cita-cita

Mencari makna sebuah kehidupan


Namun masih lagi terpahat

Di sanubari ini..

Kita pernah berjuang bersama

Di bawah satu payung ilmu

Di rimbunan pohon persekolahan


IPKS 2008
B 330

DI SI BE

Tajuk : Cerita Insan


Ku lihat mata-mata mu

Tepancar cahaya ketabahan

Gambaran kecekalan hati insan

Mengharungi liku ranjau kehidupan


Dari raut wajah mu

Aku yakin dan pasti…

Tersimpan seribu rahsia

Cerita duka dan lara….

Menusuk menikam jiwa


Tatkala bersama yang hanya seketika

Medengar jerit dan tawa

Walaupun hanya sementara

Mendengar cerita mereka

Pasti membuatkan kita berasa

Oh…betapa bertuahnya

Hidupan bersama ayah dan bonda…


Bagi mereka tidak empunya…

Pasti merasa kerdil segala

Dahagakan kasih dan cinta

Insan bergelar Ayah dan Bonda…


Wahai insan-insan kecil

Ingin aku sampaikan….

Kuatkan langkah tempuhi segala

Duri dan onak yang bakal tiba


Hidup kita di dunia yang fana

Sememangnya berbeda…

Yang kita sama adalah hamba pada-Nya…..

Telah menjadi fitrah kehidupan manusia……


Mendung bukan bermakna hujan

Panas bukan membawa kemarau

Kutadahkan tangan memohon

keinsafan pada mu Ilahi.…

Moga cerita ini buat tatapan

Menjadi cerita insan…


SAIFUL ALI

Rumah Anak Yatim Tambunan

10 Ogos 2008