Pahit Manis Kita Bersama


aku menyelusuri lembahmu
meneguk dari limpahan kasihmu
merangkak - berjalan - berlari
di persadamu


aku terokai alam mu
demi mencapai citaku
jatuh bangun dan bangkit semula
di lembaran benang kasihmu


aku akur jika itu
aku pasrah akan itu
aku redha masa ini


jika kita tidak bersama lagi
segala hanya sekadar memori
di rembangan gerimis pagi
bagaikan embun di hujung daun
ataupun seteguh Kinabalu



pahit manisnya kita bersama
demi secangkir ilmu
pasti akan aku dan kau
akan merasa sesuatu
yang sebelum ini hanya telahan
apa itu makna perpisahan




IPKS 2011

Tajuk ; Ranjau Usia



Jika gelap malam ini telah hilang
ditelan mentari esok
bisakah aku aturkan langkahku
menapak di bumi tuhan ini ?


Kerana bakal tiba
panasnya bahang mentari
Bersama panasnya goda dunia
dalam meniti ranjau usia
Gelora pasti tiba....!


Izinkan aku berjalan di jalan-Mu
di payungi redupnya pepohon iman
di sirami titisan kasih saying-Mu
di hujung dedaun sirah-Mu


Tatkala mentari senja belum tiba
sementara hening malam dan
purnama belum menjelma


Pasti ada taufan melanda jua
membadai jiwa dan raga
menguji kekutan tembok iman
dan teguhnya kota cinta

pada-Mu Tuhan


Saiful Ali
Gumpey 2008

Tajuk : Benak Fikir Sunyi


Kesunyian ini mengajar ku erti rindu

dan masa laluku……

Kisah sebuah ceritera manusia

hamba yang Esa…


Kesunyian ini mengajar ku erti sabar

dalam menggetir dugaan….

Sesuatu yang kian hampir

sudah di miliki ?

atau hilang dipuput ribut?


Kegagalan mengajar apa itu erti usaha

Keperitan dalam menghadapi dugaan

Tidak semudah apa yang di fikirkan

Bukan seperti di alam mimpi…..


Kosong memang……

Jiwa yang kosong…………


Saiful Ali

Gumpey 2008