Manakan bisa lautan tak bergelora,
Tatkala musimnya tiba…….
Manakan bisa ombak tidak memukul pantai,
Di masa mosun tropika melanda…..
Jikalau lautan tidak bergelora……
Pasti itu bukan lautnya,
Hanyalah itu air di talam…..
Sedikit riak jatuh kebumi,
Tatkala Lautan Tak Bergelora…….,
Jika lautan hilang geloranya….
Aku hanya mampu berserah dan bermohon pada-Nya,
Agar aku tabah mengharungi Gelora dan Badai dari-Nya,
Gelora Lautan Hilang Cuma Sementara…...,
Biarkan saja ombak memukul pantai…….
Kerana itu sudah menjadi sunah alam…..
Harap ku agar pantai akan sentiasa teguh dan tabah ……
Tak akan berubah selamanya……
Pasti akan tiba gelora yang luar biasa,
Bagi untuk menguji pelayarnya,
Untuk menilai pada kemahiran dan upaya,
Menghadapi gelora…….
Pantai pasti kini berubah,
Kerana ombak mempunyai kuasa…
Tak akan pantai mudah mengalah…..
Pada ombak yang menghempas ganas,
Tapi ingat satu perkara ……,
Pantai ini tiada kuasa…..,
Hanya mampu berdoa dan berusaha.
Agar bisa bertahan seampuhnya…..,
Begitula harapanku….
Moga esok badai kan reda….
Untuk ku meneruskan pelayaran hadapku....
Agar selamat tiba ke destinasinya.
Hasil Nukilan:
Saiful & Nana Sofiana
@ YM 2011