PENANTIAN

Penantian

Betapa aku di sini

Menunggu penuh harapan

Harapan kosong lamunan diri

Yang masih di cari-cari

Di sini aku

Berlari-lari kecil

Mengejar bayangan tak bertepi

Adakah akan tercari

Erti sebuah pelayaran kasih

Tiap kali terpandang wajahmu

Terdegup rasa di hati

Apabila kau imbas kembali

Saat indah bersamamu

Adakah ini kali terakhir

Kita bersua wajah

Atau mungkinkah kali terakhir

Akan tiba masanya

Kita berpisah

Andainya satu hari nanti

Kita akan berjumpa lagi

Sambut ini ucapanku

Beribu ampun ku pohon

Semoga kita bahagia di hari nanti

Shoaw

Utusan Sarawak

Ahad 20 Oktober 2002 ( 13 Syaaban 1423 H )

IMPIAN KITA

Impian Kita

Akan ku tanam impian

Benih kejayaan

Pada lading harapan

Agar nanti…

Subur selamanya

Akan ku nyalakan

lilin harapan

Pada lubuk hatiku

Untuk renungan

Menerangkan alam suram

Aku mahu

Impian kita

Bukan lamuanan

Tetapi

Kenyataan yang nyata

Moga esokkan bersinar

Secerah mentari pagi

Shoaw

Utusan Sarawak

Ahad 11 Ogos 2002 ( 2 Jamadilakhir 1323 H )